TEL AVIV: Israel bersedia melancarkan serangan terhadap Iran sekiranya rundingan nuklear antara negara itu dengan Amerika Syarikat (AS) gagal mencapai objektif yang dikehendaki. Menurut sumber seperti yang dilaporkan The Times of Israel, Perdana Menteri Benjamin Netanyahu ‘hanya tunggu’ masa untuk menyerang Iran jika rundingan itu gagal. Pasukan perisikan Israel beranggapan rundingan nuklear itu berpotensi untuk gagal selepas Iran dan AS masih belum mencapai sebarang persetujuan. Agensi berita itu juga melaporkan,…










