Indonesia negara paling bahagia, sejahtera di dunia

Indonesia negara paling bahagia, sejahtera di dunia

PENDUDUK Indonesia mempunyai nilai kehidupan sejahtera dalam pelbagai aspek. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MASSACHUSETTS: Indonesia muncul sebagai negara paling sejahtera di dunia berdasarkan satu kajian terbaharu oleh Universiti Harvard yang menilai tahap kesejahteraan menyeluruh dalam kalangan penduduk di 22 buah negara.

Kajian yang melibatkan lebih 200,000 responden dari pelbagai benua ini mengambil kira tujuh aspek utama kehidupan iaitu kesihatan, kebahagiaan, makna hidup, nilai murni, hubungan sosial, keselamatan kewangan dan kesejahteraan rohani dalam menentukan tahap kesejahteraan seseorang.

Menurut laporan yang diterbitkan dalam jurnal Nature Mental Health, Indonesia menduduki tangga teratas dengan skor kesejahteraan 8.3, diikuti Israel (7.87), Filipina (7.71), Mexico (7.64) dan Poland (7.55).

Sebaliknya, Jepun berada di kedudukan paling bawah dengan skor hanya 5.89, manakala Turkiye (6.32), United Kingdom (6.79), India (6.87) dan Sepanyol (6.9) turut mencatat skor rendah.

“Walaupun negara-negara maju menunjukkan tahap keselamatan kewangan dan penilaian hidup yang lebih tinggi, mereka tidak semestinya sejahtera dalam aspek lain seperti makna hidup, nilai kemasyarakatan dan kualiti hubungan sosial,” kata pasukan penyelidik yang diketuai oleh Tyler VanderWeele dari Program Kesejahteraan Manusia, Universiti Harvard.

Penemuan kajian ini secara tidak langsung mencabar persepsi umum kekayaan dan pembangunan material merupakan ukuran utama kebahagiaan dan kejayaan sesuatu negara.

“Indonesia mungkin bukan negara terkaya, namun rakyatnya mencatat skor tinggi dalam aspek hubungan sosial dan nilai kemasyarakatan, yang mengukuhkan jaringan komuniti dan keterikatan sosial,” jelas kajian tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya