India, Pakistan bertelagah isu senjata nuklear

India, Pakistan bertelagah isu senjata nuklear

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SRINAGAR: India dan Pakistan saling menuduh berhubung kegagalan mengurus senjata nuklear masing-masing sambil menggesa masyarakat antarabangsa memantau keupayaan nuklear negara jiran hanya beberapa hari selepas konfrontasi ketenteraan paling serius antara kedua-dua negara dalam tempoh dua dekad.

Menteri Pertahanan India, Rajnath Singh berkata, senjata nuklear Pakistan perlu diletakkan di bawah pemantauan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), manakala Islamabad pula mendakwa komuniti antarabangsa perlu menyiasat kewujudan pasaran gelap bahan radioaktif di India.

Konflik terbaru itu mencetuskan kebimbangan antarabangsa terhadap kemungkinan tercetusnya peperangan berskala penuh sebelum satu gencatan senjata dicapai pada Sabtu lalu.

“Saya ingin ajukan soalan ini kepada dunia, adakah senjata nuklear selamat di tangan sebuah negara yang tidak bertanggungjawab dan sering bertindak luar kawalan?” kata Singh ketika berucap kepada anggota tentera di pangkalan tentera di Kashmir yang ditadbir India.

“Saya percaya senjata nuklear Pakistan harus diawasi oleh IAEA,” katanya.

Beberapa jam kemudian, Menteri Luar Pakistan, Ishaq Dar, menyatakan IAEA sepatutnya menyiasat insiden kecurian dan pengedaran haram bahan nuklear dan radioaktif yang berulang di India.

Dar turut mengumumkan sudah berlaku komunikasi antara ketenteraan kedua-dua negara dan mereka bersetuju untuk melanjutkan gencatan senjata sehingga Ahad ini.

Ketegangan bermula apabila India melancarkan serangan pada 7 Mei terhadap dakwaan kem militan di wilayah Pakistan susulan serangan di Kashmir yang ditadbir India dan mengorbankan 26 orang pada April.

New Delhi menyalahkan Islamabad kerana didakwa menyokong kumpulan militan yang terlibat dalam serangan paling dahsyat ke atas orang awam di Kashmir dalam beberapa dekad. Pakistan bagaimanapun menafikan dakwaan itu.

Pertempuran empat hari melibatkan dron, peluru berpandu dan artileri menyebabkan hampir 70 orang terbunuh.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN