Iklan jawaton kosong senaraikan 'guna tandas percuma' sebagai faedah

Iklan jawatan kosong senaraikan ‘guna tandas percuma’ sebagai faedah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Sebuah syarikat di China mencetuskan kecaman dan sindiran hebat dalam talian apabila mengiklankan jawatan kosong yang menyenaraikan penggunaan tandas dan lif secara percuma sebagai antara faedah yang ditawar.

Iklan yang menjadi bahan jenaka warganet itu turut menawarkan ‘caj elektrik percuma semasa kerja lebih masa’ sebagai satu lagi keistimewaan kepada kakitangan.

Iklan itu mula menarik perhatian ramai pada 29 April lalu selepas dikongsi oleh akaun media sosial popular China, Workplace Slackers, yang mempunyai hampir 4.4 juta pengikut.

Walaupun nama syarikat dan jawatan yang ditawarkan tidak didedahkan, butiran iklan menyatakan kerja itu melibatkan pemprosesan pesanan dengan syarat calon perlu teliti, berpengalaman dan mahir menggunakan Microsoft Excel.

Waktu kerja pula ditetapkan selama lapan jam sehari dengan dua syif sama dari 9 pagi hingga 6 petang atau 1 petang hingga 10 malam termasuk rehat satu jam.

Gaji semasa tempoh percubaan pula ditetapkan pada 4,000 yuan (RM2,38) sebulan, dengan empat hari cuti sebulan serta bayaran gaji berganda pada cuti umum.

Selain itu, syarikat turut menjanjikan aktiviti bina pasukan, minum petang dan snek malam sebagai tarikan tambahan disamping turut dijanjikan kenaikan gaji asas sebanyak 100 yuan (RM59.47) selepas genap setahun bekerja.

Orang ramai di media sosial menyifatkan tawaran itu sebagai mengelirukan dan memperlekehkan hak pekerja.

Dalam sesetengah sektor, pekerja masih terikat dengan budaya kerja ekstrem ‘996’ iaitu bekerja dari 9 pagi hingga 9 malam, enam hari seminggu walaupun dikecam hebat.

Diskriminasi umur juga menjadi isu besar, apabila ramai individu berusia lebih 35 tahun sukar mendapat pekerjaan semula malah, ada majikan mengelak daripada mencarum keselamatan sosial pekerja secara sah.

Tahun ini sahaja, lebih 12 juta graduan baharu dijangka memasuki pasaran kerja, manakala peluang pekerjaan yang terhad menambahkan lagi tekanan dalam kalangan golongan muda di China.

Menurut Undang-Undang Kontrak Buruh China, majikan tidak boleh mewajibkan pekerja bekerja melebihi lapan jam sehari dan 44 jam seminggu secara purata disamping turut diwajibkan menyediakan perlindungan sosial asas seperti pencen, rawatan perubatan dan insurans pengangguran. –AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN