WASHINGTON: Seorang hakim persekutuan Amerika Syarikat (AS) menggantung pelaksanaan perintah eksekutif Presiden Donald Trump bagi membubarkan Jabatan Pendidikan negara itu serta mengarahkan semula pelantikan ratusan kakitangan yang diberhentikan. Pada Mac lalu, Jabatan Pendidikan mengumumkan pengurangan hampir separuh daripada jumlah kakitangannya tidak lama selepas Trump mengeluarkan perintah eksekutif yang mengarahkan Setiausaha Pendidikan, Linda McMahon untuk menghapuskan jawatannya sendiri. Langkah itu mendapat pujian daripada penyokong konservatif Trump namun secara perundangan, jabatan yang…










