Gempa bumi 6.2 Richter gegar barat daya Aceh - Utusan Malaysia

Gempa bumi 6.2 Richter gegar barat daya Aceh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ACEH: Satu gempa bumi berukuran 6.2 skala Richter menggegarkan Blangpidie di barat daya Aceh, hari ini.

Berdasarkan laman web Bidang Pencegahan Gempa Bumi dan Tsunami (BMKG), gempa itu berlaku pada pukul 3.57 petang waktu tempatan (4.57 petang Waktu Malaysia) dengan kedalaman 45 kilometer.

Gegaran gempa yang berpusat 21 kilometer ke barat daya Blangpidie itu juga dirasakan di beberapa Kawasan di Aceh dan Sumatera Utara.

Namun, gempa itu tidak berpotensi mencetuskan tsunami.

BMKG turut mengingatkan penduduk di Kawasan sekitar supaya berhati-hati dengan gempa susulan.

“Semua penduduk perlu berwaspada dengan sebarang kemungkinan, namun kekal tenang bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.

“Kami akan sentiasa menyalurkan perkembangan semasa kepada penduduk,” menurut badan tersebut.

Dalam pada itu, pihak berkuasa Indonesia masih belum dapat mengenal pasti jika berlaku kerosakan atau kemalangan jiwa susulan gempa tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN