GAZA: Kumpulan pejuang Hamas menegaskan Semenanjung Gaza bukan untuk dijual dan konsisten menolak cadangan Amerika Syarikat (AS) mengambil alih wilayah itu serta menjadikannya ‘zon kebebasan’. Perkara itu ditegaskan Hamas beberapa jam selepas Presiden AS, Donald Trump sekali lagi mencadangkan untuk mengambil alih wilayah tersebut. Trump, semasa lawatan ke rantau Asia Barat, menyatakan kembali hasratnya agar AS ‘terlibat secara langsung di Gaza. “Saya ada konsep untuk Gaza yang dirasakan sangat baik… biarlah Amerika Syarikat terlibat dan menjadikannya zon kebebasan,” kata Trump ketika berada di Qatar. Kenyataan itu mengulangi idea yang pernah…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya