Disney buka taman tema ketujuh di Abu Dhabi - Utusan Malaysia

Disney buka taman tema ketujuh di Abu Dhabi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ABU DHABI: Disney hari ini mengumumkan mereka bakal membuka taman tema ketujuh di Pulau Yas, di sini.

Imej konsep yang dikongsi memaparkan istana Frozen menggantikan istana Snow White sebagai tumpuan utama Disneyland Abu Dhabi.

Tidak banyak maklumat dikongsi mengenai tarikan yang akan dibina kecuali ia akan menjadi amalgam rekaan Disney klasik dan juga budaya Abu Dhabi.

Tarikh pembinaan dan pembukaan juga belum lagi diumumkan.

Disney akan bekerjasama dengan syarikat hiburan Miral yang berpangkalan di Abu Dhabi untuk membina taman tema ini.

Miral kini menguruskan taman tema Ferrari World Abu Dhabi, Yas Waterworld Abu Dhabi, SeaWorld Abu Dhabi dan juga Warner Bros. World Abu Dhabi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN