LONDON: Datuk Bandar London, Sadiq Khan mencetuskan kontroversi apabila menyatakan sokongan terhadap kebenaran penggunaan ganja, sambil menyifatkan undang-undang sedia ada terhadap dadah itu sebagai ‘tidak dapat dipertahankan’. Katanya, satu laporan hasil dapatan Suruhanjaya Dadah London (LDC) yang ditubuhkan oleh beliau pada tahun 2022 menyatakan undang-undang sedia ada berkaitan ganja tidak seimbang, selain mendakwa penguatkuasaan undang-undang itu lebih tertumpu kepada kumpulan etnik tertentu, sekali gus mencetuskan ketegangan antara pihak polis dan masyarakat terbabit. Bagaimanapun, suruhanjaya itu tidak mencadangkan dekriminalisasi secara menyeluruh, sebaliknya mengesyorkan supaya penggunaan ganja “semula jadi” dipindahkan dari Akta…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya