China kukuh hubungan dengan negara Amerika Latin

China kukuh hubungan dengan negara Amerika Latin

china
Presiden China Xi Jinping (tengah), Presiden Brazil Luiz Inacio Lula da Silva (dua dari kiri), Presiden Chile Gabriel Boric (kiri) dan Presiden Colombia Gustavo Petro (kanan) tiba untuk sesi bergambarsebelum majlis perasmian Mesyuarat Menteri Keempat Forum China dan Komuniti Negara Amerika Latin dan Caribbean (CELAC) di Beijing pada 13 Mei 2025. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Presiden China Xi Jinping berikrar untuk mengeratkan hubungan dengan negara-negara Amerika Latin dan mengutuk tindakan Amerika Syarikat yang disifatkan sebagai ‘pembuli;.

Pemimpin dan pegawai dari Amerika Latin dan Caribbean kini berada di ibu negara China untuk Forum China-CELAC (Komuniti Negara Amerika Latin dan Caribbean).

Beijing telah meningkatkan kerjasama ekonomi dan politik dengan negara-negara Amerika Latin beberapa tahun kebelakangan ini dan telah menggesa barisan bersatu menentang pusaran tarif Presiden AS Donald Trump baru-baru ini.

Berucap kepada para pemimpin pada hari Selasa, Xi memuji hubungan China yang semakin berkembang dengan rantau itu.

“Walaupun China terletak jauh dari wilayah Amerika Latin dan Caribbean, kedua-dua pihak mempunyai sejarah pertukaran persahabatan yang dihormati,” kata Xi pada majlis perasmian, sidang kemuncak itu.

“Hanya melalui perpaduan dan kerjasama negara boleh melindungi keamanan dan kestabilan global serta menggalakkan pembangunan dan kemakmuran di seluruh dunia,” kata Xi, sambil menjanjikan kredit AS$9.2 bilion ke arah “pembangunan” untuk rantau itu. Dia juga memberi amaran tentang “konfrontasi blok”.

Kenyataan Xi dibuat sehari selepas Amerika Syarikat dan China mengumumkan perjanjian untuk mengurangkan secara drastik tarif  selama 90 hari, hasil yang disifatkan Trump sebagai “total reset”.

Di bawah perjanjian itu, Amerika Syarikat bersetuju menurunkan tarif ke atas barangan China kepada 30 peratus manakala China akan mengurangkan tarifnya sendiri kepada 10 peratus.

Perjanjian itu menandakan pengurangan besar-besaran perang perdagangan yang melelahkan antara dua ekonomi terbesar dunia itu yang menyebabkan pasaran global bergolak.

Xi memberitahu perwakilan pada hari Selasa: “Tidak ada pemenang dalam perang tarif atau perang perdagangan.”  – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN