Bekas Presiden AS, Joe Biden hidap kanser prostat - Utusan Malaysia

Bekas Presiden AS, Joe Biden hidap kanser prostat

JOE BIDEN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden disahkan menghidap kanser prostat.

Biden yang berusia 82 tahun didiagnos menghidap penyakit itu pada Jumaat lalu selepas mengalami masalah buang air kecil dan mendapatkan rawatan.

“Walaupun gejala kanser ini agresif, namun kami yakin boleh merawatnya dengan baik,” menurut kenyataan dikeluarkan pejabatnya.

Presiden Donald Trump yang dimaklumkan mengenai perkara itu menyatakan rasa sedih.

“Saya dan Melania terkejut serta sedih mengetahui penyakit yang menimpa Biden. Kami berharap Jill (isteri Biden) dan keluarga kuat menghadapi dugaan ini.

“Kami doakan supaya Biden cepat sembuh,” katanya menerusi platform Truth Social.

Bekas Naib Presiden AS, Kamala Harris turut mendoakan kesembuhan Biden dengan menyifatkannya sebagai seorang ‘pejuang’.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN