SYDNEY: Australia memulakan usaha pembersihan banjir di tenggara negara itu yang meragut lima nyawa dan menenggelamkan lebih 10,000 hartanah. Perdana Menteri, Anthony Albanese mengumumkan akan bekerjasama rapat di peringkat persekutuan, negeri dan kerajaan tempatan bagi memastikan penduduk menerima sokongan yang diperlukan sepanjang semasa proses pemulihan. Di wilayah pantai utara tengah New South Wales yang paling teruk terjejas, penilaian kerosakan giat dijalankan selepas banjir besar memutuskan hubungan beberapa bandar, menghanyutkan ternakan dan memusnahkan kediaman. Keadaan dilaporkan bertambah baik sejak petang semalam di kawasan-kawasan yang terjejas di negeri paling padat penduduk itu.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya