ABUJA: Bencana banjir kilat yang melanda tengah Nigeria minggu ini mengorbankan lebih 150 orang dengan 3,000 lagi kehilangan tempat tinggal dan lebih 250 kediaman musnah. Jumlah korban itu meningkat mendadak selepas 115 mayat ditemukan hanyut 10 kilometer dari pekan Mokwa, iaitu pusat berlakunya bencana berkenaan. Jurucakap Agensi Pengurusan Bencana Nigeria, Ibrahim Audu Husseini berkata, angka korban dijangka meningkat dari semasa ke semasa berikutan banyak penduduk dihanyutkan ke Sungai Niger ketika…










