SYDNEY: Hujan lebat terus melanda timur Australia pada Khamis, menyebabkan banjir buruk yang menenggelamkan jalan raya dan hampir 50,000 orang terkandas. Polis menemukan mayat seorang lelaki warga emas berusia 63 tahun di sebuah rumah yang dinaiki air, di luar bandar Moto, kira-kira 400 kilometer (km) timur laut Sydney. Sebahagian mangsa terpaksa berlindung di atas bumbung rumah, ketika pihak berkuasa mengerahkan helikopter, bot dan dron untuk operasi menyelamat. Beberapa kawasan di…










