Trump terus gagal tawan hati rakyat AS

Trump terus gagal tawan hati rakyat AS

PENUNJUK perasaan memegang sepanduk dan plakad dalam protes membantah dasar-dasar yang diperkenalkan pentadbiran Presiden Donald Trump di Chicago, Amerika Syarikat. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Ribuan penunjuk perasaan membanjiri jalan-jalan di ibu negara Amerika Syarikat (AS) dan beberapa bandar utama lain semalam bagi membantah pelbagai dasar Presiden AS, Donald Trump termasuk isu pengusiran pendatang, pemecatan besar-besaran penjawat awam persekutuan, serta penglibatan negara itu dalam konflik di Semenanjung Gaza dan Ukraine.

Di hadapan Rumah Putih, para peserta demonstrasi dilihat membawa kain rentang dengan pelbagai mesej seperti “Pekerja wajar memiliki kuasa”, “Tiada tempat untuk pemerintahan beraja”,

“Hentikan penghantaran senjata ke Israel”, dan “Hak untuk proses undang-undang mesti dijamin”, menurut laporan media tempatan.

Penunjuk perasaan juga melaungkan sokongan kepada golongan pendatang yang telah atau sedang berdepan risiko diusir oleh pentadbiran Trump, selain menyatakan solidariti kepada para penjawat awam yang dipecat serta universiti-universiti yang kini terancam kehilangan dana persekutuan.

“Ketika Trump dan pentadbirannya menggerakkan jentera pengusiran besar-besaran, kami akan membina rangkaian dan sistem untuk mempertahankan jiran-jiran kami,” kata seorang aktivis ketika berucap di Lafayette Square, berhampiran Rumah Putih.

Dalam masa yang sama, sebilangan peserta kelihatan mengibarkan bendera Palestin dan memakai selendang keffiyeh sambil melaungkan slogan “Bebaskan Palestin”, sebagai tanda solidariti terhadap rakyat Palestin yang terkorban dalam konflik berterusan di Gaza.

Sebahagian lagi membawa lambang sokongan terhadap Ukraine dan mendesak Washington mengambil tindakan lebih tegas dalam menentang serangan Rusia yang diketuai Presiden Vladimir Putin.

Sejak mengangkat sumpah jawatan pada Januari lalu, Trump bersama sekutunya jutawan Elon Musk dilaporkan telah merombak besar-besaran struktur pentadbiran kerajaan persekutuan, termasuk memecat lebih 200,000 kakitangan dan membubarkan beberapa agensi kerajaan.

Pentadbirannya juga dikritik hebat kerana menahan ramai pelajar antarabangsa serta mengugut untuk menghentikan pembiayaan kepada institusi pengajian tinggi yang melaksanakan program kepelbagaian, kesaksamaan dan inklusiviti, inisiatif perubahan iklim, serta yang membenarkan protes menyokong Palestin.

Demonstrasi sama turut diadakan di New York dan Chicago serta puluhan lokasi lain di seluruh negara dan ia merupakan hari kedua gelombang tunjuk perasaan besar-besaran sejak Trump kembali menjawat jawatan Presiden pada Januari lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya