WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump kini meragui sama ada rakan sejawatnya, Vladimir Putin benar-benar mahu mengakhiri perang di Ukraine atau sebaliknya.
Hal ini berikutan tentera Russia terus angresif melancarkan serangan peluru berpandu ke wilayah Ukraine, menyaksikan semakin banyak rakyat negara itu terkorban, selain kemusnahan besar.
“Saya rasa pertemuan berjalan dengan baik. Kita akan lihat apa yang berlaku dalam beberapa hari lagi.
“Kita mungkin akan belajar banyak perkara. Saya amat kecewa apabila peluru berpandu dilancarkan oleh Rusia,” kata Trump ketika berlepas dari New Jersey.
Trump menegaskan, Putin perlu menunjukkan komitmen untuk menamatkan konflik tersebut.
Katanya, Putin perlu mengarahkan pasukan tenteranya supaya menghentikan serangan, duduk berbincang dan tandatangani perjanjian tamatkan perang.
“Saya percaya kita sudah ada rangka asas perjanjian itu dan saya mahu beliau tandatangan serta tamatkan semuanya dan kembali kepada kehidupan biasa,” kata Trump.