Tarif Trump hanya tingkat risiko inflasi, perlahankan ekonomi - Rizab Persekutuan AS - Utusan Malaysia

Tarif Trump hanya tingkat risiko inflasi, perlahankan ekonomi – Rizab Persekutuan AS

JEROME POWELL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Pengerusi Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) Jerome Powell memberi amaran dasar tarif agresif Presiden Donald Trump berkemungkinan mendorong peningkatan inflasi serta memperlahankan pertumbuhan ekonomi, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Jerome Powell memberi amaran, dasar tarif agresif Trump boleh meningkatkan inflasi dan memperlahankan pertumbuhan ekonomi.

Katanya, walaupun inflasi mungkin sementara, ia boleh menjadi lebih berterusan bergantung kepada situasi.

Kadar faedah dijangka tidak berubah pada Mei, walaupun Trump mendesak penurunan kadar.

“Tahap kenaikan tarif yang diumumkan setakat ini adalah jauh lebih besar daripada jangkaan. Perkara yang sama mungkin berlaku dalam kesan ekonomi, termasuk peningkatan inflasi dan pertumbuhan yang lebih perlahan.” katanya dalam satu acara di Chicago pada Rabu.

Walaupun lonjakan inflasi itu mungkin bersifat sementara, Powell mengingatkan ia boleh menjadi berterusan bergantung kepada perkembangan situasi.

Kenyataan Powell itu selari dengan amaran yang dibuat ahli lembaga Rizab Persekutuan Christopher Waller, awal minggu ini yang turut menzahirkan kebimbangan terhadap kemungkinan kerosakan kepada ekonomi AS akibat dasar perdagangan berkenaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya