Tarif: DHL gantung penghantaran melebihi AS$800 ke AS

Tarif: DHL gantung penghantaran melebihi AS$800 ke AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Syarikat penghantaran ekspres DHL Express, mengumumkan penggantungan sementara terhadap penghantaran bungkusan bernilai melebihi AS$800 (RM3,800) ke Amerika Syarikat (AS).

Hal itu berikutan peningkatan mendadak kerenah birokrasi kastam selepas penguatkuasaan tarif baharu oleh Presi­den Donald Trump.

Menurut DHL, penghantaran daripada syarikat luar negara kepada pengguna individu di AS akan dihentikan mulai Isnin dan berkuat kuasa sehingga diberitahu kelak.

Bagaimanapun, penghantaran antara syarikat (perniagaan kepada perniagaan) masih diteruskan walaupun berkemungkinan menghadapi kelewatan.

“Peningkatan semakan dan pemprosesan kastam yang ketara menyebabkan kelewatan berhari-hari melibatkan bungkusan bernilai lebih AS$800, tanpa mengira dari negara asal,” jelas DHL dalam kenyataan rasmi.

Sebelum ini, bungkusan bernilai sehingga AS$2,500 (RM10 juta) dibenarkan masuk ke AS dengan proses dokumentasi minimum, namun sejak peningkatan kawalan kastam seiring tarif baharu Trump awal bulan ini, had nilai tersebut diturunkan.

DHL memaklumkan, syarikat itu bekerja tanpa henti bagi mengurus peningkatan mendadak dalam proses pelepasan kastam rasmi.

Katanya, bungkusan di bawah AS$800 masih dihantar seperti biasa kerana tidak memerlukan pemeriksaan yang ketat, namun White House dijangka memperketatkan lagi kawalan , khususnya yang dihantar dari China dan Hong Kong, berkuat kuasa 2 Mei ini.

Perubahan ini bakal memberi kesan besar kepada syarikat seperti Shein dan Temu, dua gergasi jualan dalam talian kos rendah dari China yang tmemberi amaran harga barang akan dinaikkan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya