Resort golf Trump jadi tuan rumah persidangan antivaksin, ahli teori konspirasi, pengamal perubatan alternatif - Utusan Malaysia

Resort golf Trump jadi tuan rumah persidangan antivaksin, ahli teori konspirasi, pengamal perubatan alternatif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MIAMI: Sebuah resort golf milik Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, di Florida Selatan bakal menjadi tuan rumah Persidangan ‘Truth Seekers’ yang akan berlangsung selama dua hari bermula Khamis ini di Trump National Doral Miami.

Seramai 50 penceramah yang terdiri daripada golongan antivaksin dan pencipta ‘ubatan alternatif berbahaya’ akan menyertai persidangan tersebut.

Seorang daripadanya ialah Andreas Kalcker iaitu warga Jerman yang mendakwa bahan kimia klorin dioksida boleh merawat kanser, Covid-19 dan autisme.

Persidangan berkenaan turut menampilkan beberapa individu antivaksin dan tokoh teori konspirasi yang dikumpulkan oleh pengulas sayap kanan, Charlie Ward.

Kalcker memasarkan produk kimia tersebut di bawah jenama “CDS” atau chlorine dioxide solution, dan mendakwa bahan itu yang diakui sebagai bahan pembasmi kuman mampu “menghapuskan patogen” yang menyebabkan penyakit.

Dia mendakwa tanpa asas ia merupakan “penemuan perubatan terbesar dalam 100 tahun”.

Namun, pihak berkuasa kesihatan di Amerika Syarikat dan Sepanyol mengutuk produk itu sebagai penipuan, menyamakan penggunaannya dengan meminum peluntur industri.

Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Amerika Syarikat (FDA) turut memberi amaran penggunaan klorin dioksida boleh mengakibatkan kesan sampingan serius termasuk dehidrasi, cirit-birit dan kerosakan buah pinggang.

Kemunculan Kalcker dalam persidangan tersebut mencetuskan kebimbangan mengenai peningkatan pengaruh rawatan alternatif berbahaya sejak Trump kembali ke Rumah Putih bagi penggal kedua tahun ini.

Sejak Trump memulakan penggal keduanya, pentadbirannya telah menyekat capaian kepada maklumat sains kerajaan secara meluas dimana beberapa laman web agensi kesihatan awam persekutuan dilaporkan tidak lagi boleh diakses, termasuk halaman FDA yang sebelum ini memberi amaran tentang bahaya klorin dioksida.

Kalcker kini menjadi antara penganjur utama promosi klorin dioksida, terutamanya di negara-negara Amerika Latin seperti Bolivia dan Mexico.

Penganjur persidangan, Charlie Ward, diketahui mempunyai hubungan rapat dengan Eric Trump, anak lelaki Presiden Trump dan terkenal kerana menyebarkan pelbagai teori konspirasi termasuk QAnon, serta pernah meremehkan tragedi Holocaust dengan mendakwa lebih ramai orang maut akibat vaksin berbanding kejadian besar tersebut. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya