Presiden Palestin desak Hamas serah Gaza kepada PA

Presiden Palestin desak Hamas serah Gaza kepada PA

MAHMOUD ABBAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RAMALLAH: Presiden Palestin, Mahmoud Abbas menggesa kumpulan pejuang Hamas menyerahkan tanggungjawab pentadbiran di Semenanjung Gaza dan meletakkan senjata kepada Pihak Berkuasa Palestin (PA).

Mahmoud juga memberi cadangan supaya kumpulan pejuang itu bertukar menjadi parti politik.

Hamas sebelum ini menolak seruan Israel dan Amerika Syarikat (AS) untuk meletakkan senjata dalam beberapa bulan kebelakangan ini sebagai syarat untuk gencatan senjata.

Mahmoud mengeluarkan kenyataan itu dalam ucapannya semasa mesyuarat di Ramallah, di mana beliau dijangka menamakan penggantinya.

Langkah ini sebahagian daripada usaha menjawab keraguan antarabangsa terhadap kelangsungan PA dan peranannya dalam membantu penduduk Palestin di Gaza.

Mahmoud sebelum ini mengkritik serangan pimpinan Hamas terhadap Israel pada 7 Oktober 2023 yang menurutnya memberi alasan kepada Israel untuk memusnahkan Gaza.

Hamas yang menentang usaha Mahmoud untuk berdamai dengan Israel, menuduh beliau menindas pejuang di Tebing Barat.

Hamas setakat ini belum mengeluarkan sebarang maklum balas terhadap kenyataan tersebut.

Mahmoud turut menggesa pemimpin dunia memaksa Israel menghentikan perang, mengeluarkan tenteranya, dan menghentikan penempatan haram Yahudi.

Katanya, tiada keamanan boleh dicapai sehingga rakyat Palestin menubuhkan sebuah negara.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya