Pilihan raya Presiden Korea Selatan 3 Jun ini?

Pilihan raya Presiden Korea Selatan 3 Jun ini?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Kabinet Korea Selatan dijangka menetapkan tarikh 3 Jun ini untuk pilihan raya presiden selepas Mahkamah Perlembagaan me­lucutkan jawatan bekas Pre­siden Yoon Suk Yeol berhubung cubaannya melaksanakan undang-undang tentera.

Kabinet dijangka memuktamadkan tarikh tersebut hari ini.

Lapor Yonhap, mengikut perundangan, pilihan raya awal perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas keputusan mahkamah.

Undang-undang turut menetapkan tarikh pilihan raya presiden perlu diumumkan sekurang-kurangnya 50 hari lebih awal.

Ini memberikan tempoh 11 hari untuk pilihan raya diadakan dari 24 Mei hingga 3 Jun, namun penganalisis menjangkakan pengundian akan berlangsung pada hari terakhir.

Pemerhati jangka 3 Jun, hari ke-60 selepas ke­putusan mahkamah sebagai tarikh paling berkemungkinan memandangkan pilihan raya itu mungkin dilewatkan bagi memberi masa mencukupi kepada parti politik untuk bersiap sedia.

Menurut Yonhap, sekiranya pilihan raya pada 3 Jun disahkan, tempoh pendaftaran calon secara rasmi ialah pada 10 hingga 11 Mei.

Tempoh berkempen pula akan bermula pada 12 Mei hingga sehari sebelum pilihan raya atau 2 Jun.

Undang-undang itu juga menghendaki mana-mana penjawat awam yang ingin bertanding jawatan presiden perlu meletak jawatan sekurang-kurangnya 30 hari sebelum pilihan raya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN