Perang Gaza: Maldives haramkan kemasukan pelancong Israel

Perang Gaza: Maldives haramkan kemasukan pelancong Israel

KERAJAAN Maldives mengharamkan kemasukan pelancong ke negara kepulauan itu berikutan keganasan berterusan Zionis terhadap rakyat Palestin di Semenanjung Gaza. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MALE: Maldives mengharamkan kemasukan pelancong dari Israel ke pulau peranginan terkenal itu sebagai protes terhadap keganasan berterusan di Semenanjung Gaza dan menunjukkan solidariti dengan rakyat Palestin.

Keputusan itu diluluskan Presidennya, Mohamed Muizzu selepas Parlimen negara itu meluluskan rang undang-undang berkenaan pada Selasa lalu.

Pejabat presiden dalam kenyataan berkata, kelulusan ini mencerminkan pendirian tegas kerajaan sebagai tindak balas terhadap kekejaman berterusan dan tindakan genosid yang dilakukan Israel terhadap rakyat Palestin.

“Maldives sekali lagi menegaskan solidariti teguhnya terhadap perjuangan Palestin,” menurut kenyataan tersebut.

Larangan itu berkuat kuasa serta-merta dan meliputi kesemua 1,192 pulau di Maldives. Namun, masih tidak jelas sama ada larangan ini turut melibatkan pemegang pasport dwi-kewarganegaraan (Israel dan negara lain).

Data rasmi menunjukkan hanya 59 pelancong Israel yang melawat kepulauan mewah itu pada Februari lalu, berbanding 214,000 ketibaan pelancong asing lain.

Pada 2023, hampir 11,000 pelancong Israel melawat Maldives, mewakili hanya 0.6 peratus daripada jumlah kedatangan pelancong.

Maldives, dengan populasi 530,000 penduduk yang 98 peratusnya beragama Islam sebelum ini pernah melarang pelancong Israel pada 1990-an sebelum peraturan itu dilonggarkan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya