Penutupan sempadan Pakistan-India buat ramai keluarga terpisah

Penutupan sempadan Pakistan-India buat ramai keluarga terpisah

SEORANG lelaki India bertemu ahli keluarganya selepas mereka dibenarkan pulang dari pos sempadan Wagah Pakistan-India di pinggir Lahore.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISLAMABAD: Penutupan sempadan Pakistan dan India berikutan serangan terhadap pelancong di wilayah Kashmir awal minggu ini menyebabkan ramai keluarga terpisah.

Sebagai tindak balas terhadap perang diplomatik yang berterusan, kedua-dua negara membatalkan visa rakyat masing-masing dan mengarahkan mereka keluar dengan segera selepas menutup lintasan sempadan paling sibuk di Punjab. 

Juruteknik dari Karachi, Haider Ali, 31, berkata, dua bulan lalu, dia menghantar isterinya pulang ke India untuk melawat keluarganya, namun kini mereka tidak pasti bila akan dapat berjumpa semula.

“Isteri saya berada di India dan mereka tidak benarkan dia menyeberang semula. Saya sangat bimbang,” katanya kepada AFP ketika menunggu berita di sempadan Pakistan.

Menurut Haider, isterinya merupakan warga India yang mempunyai visa Pakistan sah hingga November dan dijadualkan pulang ke Karachi dalam masa terdekat.

“Pengganas sebenar patut ditangkap dan diambil tindakan, tetapi rakyat biasa seperti kami pula yang menderita tanpa sebab,” tambahnya.

Polis India kini melancarkan gerakan memburu suspek bersenjata dalam serangan tersebut dan menyatakan dua daripadanya dipercayai berasal dari Pakistan.

Arahan untuk rakyat kedua-dua negara pulang menyebabkan tekanan emosi besar kepada keluarga yang mempunyai latar belakang campuran, terutama kerana permohonan visa antara kedua-dua negara sering kali sukar berikutan hubungan yang tegang.

Seorang wanita, Yasmine, 54, yang melepaskankan kerakyatan India untuk berkahwin dengan lelaki Pakistan, segera bergegas ke sempadan untuk kembali ke rumah sejurus melawat keluarganya buat kali pertama dalam tempoh 15 tahun.

Walaupun Yasmine berjaya menyeberang semula dengan dokumen Pakistan, anak saudaranya yang turut berkahwin dengan warga Pakistan ditahan di sempadan kerana hanya mempunyai pasport India.

“Dia hanya menangis. Kami perlu membantunya mendapatkan visa secepat mungkin. Empat orang anaknya sedang menunggu di Pakistan,” kata Yasmine.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya