Kematian 15 paramedik di Gaza, laporan Israel didakwa tidak munasabah

Kematian 15 paramedik di Gaza, laporan Israel didakwa tidak munasabah

TANGKAP layar video diperoleh dari telefon milik seorang daripada paramedik yang terkorban akibat serangan tentera Israel di Semenanjung Gaza pada 23 Mac lalu. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEL AVIV: Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin (PRCS) menyifatkan laporan siasatan tentera Israel mengenai kematian 15 petugas kecemasan di Semenanjung Gaza pada bulan lalu sebagai tidak sah dan tidak munasabah.

Jurucakap PRCS menegaskan Israel tidak sepatutnya ‘mengalihkan tanggungjawab’ kepada kesilapan peribadi yang dilakukan oleh pegawainya sedangkan perkara sebenar adalah bertentangan dengan insiden berlaku.

Tentera Israel mengakui ‘kegagalan profesional’ menyebabkan kematian 15 petugas kecemasan berkenaan.

Siasatan oleh Angkatan Pertahanan Israel (IDF) mendapati beberapa kesilapan termasuk ‘salah faham operasi’ dan ‘pelanggaran perintah’.

Susulan itu, timbalan komander unit terlibat diberhentikan kerana ‘memberi laporan tidak lengkap dan tidak tepat semasa taklimat’.

Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) pula menyifatkan laporan IDF sebagai ‘pembunuhan beramai-ramai yang disengajakan’, manakala Amnesty International mendakwa ia penggunaan kekerasan terhadap petugas kesihatan.

Pada 23 Mac, 14 petugas kecemasan dan seorang pekerja PBB terbunuh ketika konvoi ambulans PRCS, kereta PBB dan trak bomba diserang tentera Israel.

IDF dalam kenyataan menyatakan pasukan mereka melepaskan tembakan kerana menyangka menghadapi ancaman musuh selepas siasatan mendakwa enam mangsa merupakan anggota Hamas dan menafikan berlaku pembunuhan sengaja.

Mayjen Yoav Har-Even yang mengetuai siasatan memberitahu media, enam petugas kecemasan tersebut adalah anggota Hamas dan identiti mereka akan didedahkan kemudian.

Pembohongan awal Israel yang mendakwa konvoi kecemasan itu menghampiri ‘secara mencurigakan’ tanpa memasang lampu terbongkar selepas rakaman video dari telefon seorang daripada petugas yang terbunuh membuktikan ambulans terbabit menggunakan lampu dan isyarat kecemasan.

Video selama lima minit itu menunjukkan kenderaan berhenti di jalan ketika tembakan dilepaskan malah turut kedengaran paramedik mengucap dua kalimah syahadah selain kenderaan dan pakaian seragam petugas juga jelas dilengkapi reflektif.

Mayat 15 mangsa berkenaan hanya ditemui seminggu kemudian kerana agensi antarabangsa tidak dapat mengakses lokasi kejadian dengan selamat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya