Iran tawar jadi orang tengah redakan ketegangan India-Pakistan

Iran tawar jadi orang tengah redakan ketegangan India-Pakistan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEHERAN: Menteri Luar Iran, Abbas Araqchi, menyatakan kesediaan negaranya untuk menjadi orang tengah dalam menyelesaikan ketegangan antara India dan Pakistan berhubung serangan maut di Kashmir yang meragut sekurang-kurangnya 26 nyawa.

“India dan Pakistan adalah jiran bersaudara kepada Iran, dengan hubungan yang berakar daripada ikatan budaya dan tamadun berabad-abad lamanya. Seperti jiran-jiran lain, kami menganggap mereka sebagai keutamaan utama kami.

“Teheran bersedia menggunakan hubungan baik di Islamabad dan New Delhi untuk mencapai persefahaman yang lebih besar pada waktu sukar ini,” kata Araqchi dalam satu hantaran di akaun X dipetik portal berita Tasnim.

Dalam hantaran tersebut, Araqchi turut memetik puisi terkenal karya penyair Iran, Saadi Shirazi, yang berbunyi, ‘Manusia itu bagaikan anggota satu tubuh; Diciptakan dari satu jiwa dan roh; Jika satu anggota sakit; Anggota lain turut merasai kesakitan’.

Ketegangan antara Pakistan dan India semakin memuncak dengan kedua-dua negara menggantung perjanjian penting serta memutuskan beberapa hubungan kritikal susulan serangan berdarah di Kashmir.

Dalam kejadian pada Selasa lalu, sekurang-kurangnya 26 orang terbunuh dalam serangan paling dahsyat di wilayah itu sepanjang tempoh suku abad, apabila pemberontak melancarkan serangan menyasarkan pelancong di kawasan peranginan Pahalgam.

Kumpulan yang menggelarkan diri mereka The Resistance Front (TRF), yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan bersenjata Lashkar-e-Taiba berpangkalan di Pakistan mengaku bertanggungjawab ke atas serangan tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya