Gadis 19 tahun dakwa diperkosa 23 lelaki selama tujuh hari di India - Utusan Malaysia

Gadis 19 tahun dakwa diperkosa 23 lelaki selama tujuh hari di India

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

VARANASI: Enam lelaki telah ditahan oleh pihak polis di Varanasi, India susulan dakwaan seorang gadis berusia 19 tahun dirogol oleh 23 individu sepanjang tempoh tujuh hari selepas dilaporkan hilang dari rumahnya pada 29 Mac lalu.

Gadis tersebut yang berasal dari kawasan di bawah pentadbiran Balai Polis Pandeypur Lalpur, kembali ke rumah pada Jumaat lalu dan menceritakan kejadian hitam itu kepada keluarganya sebelum laporan polis dibuat.

Menurut Timbalan Pesuruhjaya Polis (DCP) Zon Varuna, Chandrakant Mina, satu laporan polis (FIR) telah difailkan berdasarkan aduan ibu mangsa.

Kesemua suspek disiasat di bawah seksyen Kanun Jenayah Bharatiya Nyaya Sanhita (BNS) termasuk Seksyen 70(1) (rogol berkumpulan), 74 (menghina kehormatan), 123 (memberi bahan beracun), 126(2) (menghalang pergerakan), 127(2) (pengurungan salah) dan 351(2) (ugut jenayah).

Ketua Pegawai Polis (ACP) Cantt, Vidush Saxena memaklumkan enam individu telah ditahan hasil siasatan awal, manakala usaha menahan baki suspek masih giat dijalankan oleh pasukan khas.

Dalam aduan yang dikemukakan, ibu mangsa menyatakan anak perempuannya keluar ke rumah rakan pada 29 Mac namun dalam perjalanan pulang, dia telah bertemu dengan seorang suspek yang membawanya ke sebuah kafe bertindak merogolnya.

Pada 30 Mac lalu, mangsa bertemu dengan dua lagi suspek yang membawanya menaiki motosikal ke lebuh raya dan merogolnya sebelum meninggalkannya di Nadesar manakala pada keesokan harinya, lima lagi membawanya ke sebuah kafe di Maldahiya, di mana dia telah diberi dadah sebelum dirogol secara bergilir-gilir.

Pada 1 April lalu, dua lagi suspek membawanya ke sebuah hotel yang turut dihuni tiga individu lain dipaksa untuk mengurut seorang pelanggan sebelum dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dan selepas keluar dari tempat penginapan tersebut, seorang lelaki lain memaksanya ke sebuah lagi hotel dan turut merogolnya.

Mangsa kemudian dibawa ke sebuah gudang di Aurangabad oleh seorang suspek dan dirogol sebelum diserahkan kepada dua lelaki lain yang turut melakukan perbuatan keji tersebut sebelum akhirnya melarikan diri dan duduk di hadapan sebuah pusat beli-belah di Sigra namun dirogol semula oleh dua lelaki yang bertindak mendekati serta menawarkan makanan yang telah dicampur dadah sebelum ditinggalkan di Assi Ghat.

Mangsa kemudian bermalam di rumah rakannya dan keesokan harinya, dia bertemu dengan dua lelaki lain yang membawanya ke hotel di mana beberapa lagi suspek menanti menggunakan modus operandi yang sama, iaitu diberikan dadah dan dirogol sebelum ditinggalkan di Chowkaghat dan pada 4 April, gadis itu pulang ke rumah dan menceritakan segala-galanya kepada keluarganya.

DCP Mina menjelaskan laporan kehilangan hanya dibuat oleh keluarga mangsa pada 4 April, walaupun mangsa telah hilang sejak 29 Mac meskipun pada hari yang sama, gadis tersebut sudah pulang ke rumah, namun keluarganya tidak segera membuat laporan berkaitan kejadian rogol itu.

Katanya lagi, siasatan dan tangkapan hanya bermula selepas laporan rasmi dikemukakan oleh ibu mangsa dan tiga pasukan polis masih meneruskan operasi memburu baki suspek yang belum ditahan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya