China, Rusia rancang bina reaktor nuklear di permukaan bulan

China, Rusia rancang bina reaktor nuklear di permukaan bulan

CHINA dan Rusia merancang membina sebuah reaktor nuklear di permukaan bulan bermula 2028. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHANGHAI: China dan Rusia merancang membina sebuah reaktor nuklear di permukaan bulan sebagai sebahagian daripada pelan awal projek pembinaan Stesen Penyelidikan Bulan Antarabangsa (ILRS) yang diterajui bersama kedua-dua negara itu.

Perkara tersebut didedahkan oleh Ketua Jurutera Misi Chang’e-8, Pei Zhaoyu, dalam satu pembentangan pada Rabu.

Menurut beliau, bekalan te­na­ga di pangkalan bulan tersebut juga akan disokong oleh pemasangan panel suria berskala besar yang turut akan dibina di permukaan bulan.

Misi Chang’e-8 dijadualkan dilancarkan pada tahun 2028 dan bertujuan menyediakan asas pembinaan pangkalan ke­kal berpenghuni di bulan.

Langkah itu sejajar dengan aspirasi China untuk muncul sebagai kuasa besar dalam bidang angkasa lepas dan menghantar angkasawan ke bulan menjelang 2030.

China turut merancang untuk membina pangkalan tersebut di kawasan kutub selatan bulan, yang dijangka siap menjelang tahun 2035, seperti dimaklumkan oleh Ahli Akademi Kejuruteraan China merangkap Ketua Pereka Projek Eksplorasi Bulan China, Wu Weiren.

Kata beliau, satu ‘model asas’ ILRS akan disiapkan dalam tempoh tersebut.

Siri pelancaran prob bulan Chang’e merupakan antara fasa pembinaan awal bagi merealisasikan model asas tersebut.

Pada masa depan, China akan melancarkan inisiatif yang dinamakan ‘Projek 555’, iaitu usaha mengajak penyertaan daripada 50 buah negara, 500 institusi penyelidikan saintifik antarabangsa dan 5,000 orang penyelidik luar negara bagi menjayakan projek ILRS ini.

Sementara itu, pelan China ini bakal bersaing rapat dengan Program Artemis milik NASA yang lebih maju, dan merancang untuk mendaratkan angkasawan Amerika Syarikat(AS) ke permukaan bulan seawal Di­sember 2025.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya