Bimbang gempa, penduduk Bangkok cari rumah rendah - Utusan Malaysia

Bimbang gempa, penduduk Bangkok cari rumah rendah

BEBERAPA penduduk tidur di taman terbuka di Chatuchak di Bangkok akibat takut pulang ke rumah susulan gempa kuat yang melanda Myanmar, baru-baru ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Banyak penduduk Bangkok mula mempertimbangkan untuk mencari rumah rendah seperti rumah teres berbanding rumah bertingkat tinggi kerana bimbang gempa kuat berulang.

Situasi itu berlaku selepas ratusan kediaman rosak akibat gempa bumi bermagnitud 7.7 yang melanda Myanmar pada 28 Mac lalu.

Seorang pemuda Thailand, Phatsakon Kaewkla antara penduduk yang terjejas memberitahu dia semakin panik apabila pulang ke rumah selepas dilanda gempa bumi besar beberapa jam sebelumnya dan menemui retakan besar di dinding pangsapuri yang terletak di tingkat 22.

Berasa rumahnya tidak selamat, Phatsakon juga memutuskan untuk tidak pulang ke rumah selama dua hari sehingga pakar mengesahkan bangunan itu selamat.

“Retakan itu membuatkan saya berasa gusar setiap masa, saya asyik bayangkan bagaimana jika rumah tiba-tiba runtuh? Adakah saya sempat menyelamatkan diri? Malahan, ibu juga meminta saya berpindah dari rumah itu,” katanya.

Terletak lebih 1,000 kilometer (km) dari pusat gempa, Bangkok yang padat bangunan pencakar langit tidak pernah mengalami gegaran gempa sekuat itu.

Perunding hartanah yang berpangkalan di Bangkok, Owen Zhu memberitahu AFP kesan terhadap sektor hartanah sangat ketara susulan tragedi itu.

“Nampaknya orang ramai baru sedar tinggal di bangunan tinggi mempunyai risiko lebih besar dari segi ketahanan gempa berbanding rumah rendah,” kata pakar hartanah dari China berusia 40 tahun itu.

Zhu berkata, gempa itu juga mencetuskan banyak pertanyaan daripada penduduk yang ingin berpindah kerana rasa takut dan gelisah tinggal di tempat yang tinggi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya