WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menyampaikan ucapan pertamanya kepada Kongres selepas memegang jawatan, menyusuli hari kedua kegawatan pasaran berikutan tarif baharu menyeluruh terhadap Mexico, Kanada serta China. Ucapan itu mengundang cemuhan beberapa Demokrat yang keluar dewan sebagai tanda protes. Dalam ucapannya, Trump memberitahu Kongres, ‘Amerika telah kembali’ selepas beliau membentuk semula dasar luar AS, mencetuskan perang perdagangan dan memecat puluhan ribu pekerja kerajaan dalam tempoh enam minggu sejak…










