BANGKOK: Penumpang penerbangan Batik Air ke Bangkok berdepan detik cemas apabila pesawat dinaiki tiba-tiba dipenuhi asap. Insiden 24 Februari lalu itu dilaporkan berlaku dalam pesawat yang berlepas dari Johor Bahru pada 11.20 pagi dan hanya 30 minit sebelum dijadualkan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Don Mueang, Bangkok. Sebuah video TikTok dikongsi pengguna @kentmaherr dengan jumlah tontonan 2.1 juta itu memaparkan asap keluar dari ruang bagasi di bahagian hadapan pesawat. Kejadian…