Pencarian MH370: Jangan lakukan kesalahan atau bertukar bencana - Utusan Malaysia

Pencarian MH370: Jangan lakukan kesalahan atau bertukar bencana

Misteri kehilangan MH370 semakin sukar dirungkai kerana jarak pencarian yang luas dan kemungkinan kotak hitam mengalami kerosakan. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Sejumlah pakar memberi amaran mengenai sebarang kesilapan kecil boleh bertukar bencana dalam misi pencarian semula pesawat Malaysia Airlines, MH370 yang hilang sejak lebih sedekad lalu.

Pencarian semula pesawat Malaysian Airlines itu bakal menggunakan teknologi lebih canggih untuk memetakan gambaran penuh kawasan dasar laut.

Bagaimanapun, pakar memberi amaran bahawa satu kesilapan boleh merosakkan usaha pencarian yang mungkin usaha terakhir untuk merungkai misteri kehilangan pesawat itu memandangkan kawasan lautan yang luas, terpencil, dan berbahaya.

Pencarian pertama meliputi tiga juta kilometer persegi di atas air dan lebih daripada 120,000 kilometer persegi di bawah laut.

Seorang jurutera elektrik dari Deep Sea Vision, Craig Wallace berkata, sedikit kesilapan pun tidak boleh dilakukan kerana Lautan Hindi digambarkan sebagai tempat yang paling teruk dan ekstrem di dunia.

“Lautan ini boleh merekodkan ketinggian ombak sehingga 20 meter dan keadaan ekstrem ini akan menyebabkan banyak kesulitan dalam mengendalikan kapal,” katanya.

Dalam amaran lain, bekas pegawai tentera laut Australia, Peter Waring, yang terlibat dalam pencarian awal MH370 berkata, kawasan pencarian tersebut tiada tempat berlindung atau bersembunyi.

“Anda berada enam atau tujuh hari dari pelabuhan terdekat, iaitu Perth. Keadaan ini amat berbahaya dan jika sesuatu berlaku, ia akan menjadi bencana sekelip mata,” katanya dalam program 60 Minutes Australia pada Ahad.

MH370 dilaporkan hilang pada 8 Mac 2014, ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing, dengan membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal. Selepas kehilangan itu, Malaysia, China dan Australia menjalankan usaha pencarian bersama di kawasan seluas 120,000km persegi di selatan Lautan Hindi.

Sejak kehilangan misteri pesawat itu, terdapat banyak spekulasi tentang apa yang berlaku. Serpihan pesawat telah ditemui berhampiran Tanzania dan Mozambique dan pihak berkuasa Australia telah mencari pesawat yang hilang itu selama hampir tiga tahun.-

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN