Korea Selatan larang penggunaan dron di mahkamah sebelum pendakwaan Yoon - Utusan Malaysia

Korea Selatan larang penggunaan dron di mahkamah sebelum pendakwaan Yoon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Pihak berkuasa pengangkutan udara Korea Selatan melarang penggunaan dron di sekitar Mahkamah Perlembagaan di Seoul mulai hari ini ini, menjelang keputusan pendakwaan Presiden Yoon Suk Yeol.

Larangan ini akan berkuat kuasa dari Khamis sehingga Rabu minggu depan, menurut notis kepada juruterbang yang dikeluarkan melalui sistem maklumat aeronautik Kementerian Pengangkutan pada Rabu.

Mahkamah dijangka membuat keputusan mengenai pendakwaan Yoon dalam beberapa hari akan datang walaupun tarikh tepat belum diumumkan.

Sebelum ini, polis dalam satu kenyataan meminta kementerian tersebut melaksanakan larangan sementara bagi penggunaan dron di sekitar mahkamah dan kawasan bersebelahan yang meliputi radius 1.85 kilometer (km) sehingga akhir bulan ini.

Sejumlah besar anggota polis dijangka akan dikerahkan manakala stesen kereta api bawah tanah dan sekolah-sekolah berhampiran akan ditutup pada hari keputusan diumumkan.

Keputusan ini akan menentukan masa depan politik Yoon berikutan penguatkuasaan undang-undang tentera yang singkat pada 3 Disember lalu.

Pada Ahad lalu iaitu sehari selepas Yoon pulang ke rumah, ribuan penyokongnya berkumpul di sekitar kediamannya untuk membantah pendakwaan tersebut dengan dikawal ketat oleh pihak polis.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN