TOKYO: Robot akan mula mengalihkan beg pasir yang digunakan untuk menyerap air tercemar radioaktif akibat bencana nuklear Fukushima 2011 seawal minggu hadapan, kata jurucakap syarikat pengendali loji berkenaan. Menurut Syarikat Tenaga Elektrik Tokyo (TEPCO), beg-beg pasir itu dibiarkan di tingkat bawah tanah dua bangunan sejak tragedi nuklear terburuk dunia selepas Chernobyl. Jurucakap TEPCO, Tatsuya Matoba memaklumkan, tahap radiasi di permukaan beg pasir tersebut mencecah 4.4 sievert sejam, yang boleh membawa maut jika manusia mendekatinya. Laporan media Jepun menyatakan terdapat 2,850 beg yang perlu dikumpulkan, namun angka tersebut belum disahkan TEPCO.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya