'AS mahu Greenland demi kepentingan keselamatan' - Utusan Malaysia

‘AS mahu Greenland demi kepentingan keselamatan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, sekali lagi menyuarakan hasratnya menguasai wilayah autonomi Greenland daripada Denmark dengan alasan kepentingan keselamatan antarabangsa.

“Saya rasa ia akan berlaku,” katanya kepada wartawan di Rumah Putih ketika sidang akhbar bersama Setiausaha Agung Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), Mark Rutte.

Trump berkata, Rutte boleh memainkan ‘peranan penting’ dalam menjayakan rancangan itu.

“Mark, anda pun tahu, Greenland amat penting untuk keselamatan antarabangsa. Kini semakin ramai pemain kuasa besar yang ‘bermain’ di sekitar pantainya.

“Kita tak boleh ambil mudah,” kata Trump merujuk kepada kebimbangan terhadap kehadiran strategik China dan Russia di wilayah Artik.

Trump membuat kenyaraan itu hanya beberapa hari selepas pilihan raya dilaksanakan di Greenland yang menyaksikan sokongan meluas daripada semua parti politik dan majoriti 57,000 penduduk terhadap usaha mencapai kemerdekaan.

Trump juga sebelum ini tidak menolak kemungkinan ‘menggunakan kekerasan’ untuk mengambil alih pulau Artik yang kaya dengan sumber semula jadi itu, sekali gus menarik perhatian dunia terhadap wilayah yang sebelum ini jarang menjadi tumpuan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN