BAITULMUQADDIS: Amerika Syarikat (AS) dan Israel dilaporkan sudah berhubung dengan kerajaan tiga negara Afrika Timur bagi membincangkan rancangan memindahkan penduduk Palestin dari Semenanjun Gaza.
Menurut sumber, AS dan Israel berhubung dengan Sudan, Somaliland dan Somalia bagi rancangan tersebut.
Namun, rancangan itu dibantah oleh keraajaan Sudan, manakala pihak berkuasa Somalia dan Somaliland pula memaklumkan mereka tidak menerima sebarang maklumat mengenai perkara tersebut.
Presiden Donald Trump sebelum ini mencetuskan kemarahan seluruh dunia apabila memaklumkan beliau mahu AS ‘mengambil alih Gaza’ dengan semua penduduknya akan dipindahkan ke negara-negara jiran seperti Mesir.
Namun, kelmarin, Trump mengubah kenyataan dengan memaklumkan, penduduk Gaza tidak akan dipindahkan dari wilayah tersebut.
Pendirian tidak tetap Trump mencetuskan kebimbangkan komuniti antarabangsa mengenai nasin penduduk Gaza yang sudah pun ditindas dan menderita akibat kekejaman Israel.
Israel dilaporkan menyokong sepenuhnya jika penduduk Gaza dipindahkan ke tiga negara Afrika berkenaan dengan menyifatkannya sebagai ‘Langkah paling baik’