Uganda mulakan ujian vaksin Ebola

Uganda mulakan ujian vaksin Ebola

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAMPALA: Uganda memulakan ujian vaksin pertama virus Ebola , empat hari selepas satu kes wabak itu disahkan, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Ini merupakan kali keenam Uganda dilanda wabak virus Ebola, yang mana sebelum ini tiada vaksin diluluskan.

Daripada lima varian Ebola, hanya satu mempunyai vaksin berlesen.

Epidemik Ebola telah membunuh lebih 11,300 orang di Afrika barat antara 2013 dan 2016.

WHO memaklumkan menyokong pihak berkuasa kesihatan Uganda dalam menyediakan ujian itu beberapa hari selepas seorang jururawat lelaki berusia 32 tahun meninggal dunia akibat Ebola di Kampala.

“Ujian vaksin ini dimulakan dengan rekod terpantas,” kata Ketua WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus di laman X.

Tambah beliau, ujian tersebut menunjukkan kepentingan melabur dalam penyelidikan dan pembangunan vaksin dan rawatan serta kesiapsiagaan tindak balas wabak.

Sistem vaksin pertama iyu telah disediakan semasa wabak virus Ebola Sudan sebelum ini yang melanda Uganda pada 2022, membuka jalan bagi ujian semasa wabak seterusnya, kata WHO.

Ujian yang bermula pada Isnin menggunakan vaksin yang disumbangkan oleh International AIDS Vaccine Initiative (IAVI), dengan sokongan kewangan daripada WHO dan lain-lain.

Pada Jumaat, WHO berkata, sebanyak 2,160 dos pertama vaksin telah berada di ibu negara Kampala sebagai sebahagian daripada persiapan untuk wabak lain. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN