WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengemukakan cadangan luar biasa agar AS ‘mengambil alih’ Semenanjung Gaza, ketika beliau menerima kunjungan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk rundingan penting mengenai gencatan senjata dengan Hamas. Trump juga menggandakan gesaannya supaya rakyat Palestin keluar dari wilayah yang dilanda perang itu menuju ke negara Asia Barat lain seperti Mesir dan Jordan, walaupun rakyat Palestin dan kedua-dua negara itu sebelum ini menolak mentah-mentah cadangan…










