WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengumumkan rancangannya untuk menggantikan program visa pelabur asing dengan skim baharu dipanggil ‘kad emas’ yang boleh dibeli dengan harga AS$5 juta (RM22.17 juta) sebagai laluan untuk mendapat kerakyatan di negara itu. Trump memaklumkan akan mewujudkan pelan baharu itu bagi menggantikan program visa EB-5 yang memberikan kad hijau kepada warga asing yang berjanji untuk melabur dalam perniagaan dan mencipta peluang pekerjaan di AS. “Kami…










