LONDON: Saham syarikat farmaseutikal Pfizer dan Moderna melonjak selepas saintis China menerbitkan laporan amaran tentang varian baharu Covid-19. Penyelidik di Institut Virologi di Wuhan berjaya mengesan satu lagi varian coronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2. Ketika banyak pasaran merosot, saham Pfizer meningkat sebanyak 1.54 peratus, manakala saham Moderna melonjak sebanyak 5.34 peratus selepas berita itu tersebar. Sebelum ini, Pakar Virologi China, Shi Zhengli berkata, penemuan varian baharu tersebut ditemui hidup dalam…