Netanyahu ke Washington, bincang fasa kedua gencatan senjata Gaza

Netanyahu ke Washington, bincang fasa kedua gencatan senjata Gaza

BENJAMIN NETANYAHU
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEL AVIV: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dijadual memulakan rundingan mengenai fasa kedua gencatan senjata di Gaza ketika bertemu dengan Utusan Khas Amerika Syarikat (AS) ke Asia Barat, Steve Witkoff di Washington esok.

Menurut pejabat Netanyahu, beliau akan berlepas ke Washington hari ini dan dijadual mengadakan pertemuan dengan Presiden AS, Donald Trump di Rumah Putih minggu depan bagi membincangkan situasi di Gaza serta isu tebusan Israel yang masih ditahan di wilayah itu.

Dalam pertemuan bersama Witkoff, Netanyahu akan membincangkan pendirian Israel mengenai gencatan senjata.

Selepas itu, Witkoff dijangka mengadakan perbincangan dengan pegawai dari Mesir dan Qatar, dua negara yang memainkan peranan sebagai perantara dalam rundingan antara Israel dan Hamas sejak 15 bulan lalu dengan sokongan Washington.

Bulan lalu, Israel dan Hamas mencapai perjanjian gencatan senjata yang kompleks dan dibahagikan kepada tiga fasa, sekali gus menghentikan pertempuran di Gaza.

Setakat ini, Hamas telah membebaskan 18 tebusan Israel sebagai pertukaran dengan ratusan tahanan Palestin yang ditahan di penjara dan pusat tahanan Israel.

Bagaimanapun, lebih 70 tebusan Israel masih lagi berada dalam tahanan di Gaza. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN