MEXICO CITY: Mexico memberi amaran akan mengambil tindakan undang-undang segera terhadap Google sekiranya peta yang dipaparkan kepada pengguna di Amerika Syarikat (AS) terus menamakan Teluk Mexico sebagai ‘Teluk Amerika’ secara menyeluruh. Presiden Mexico, Claudia Sheinbaum pada Isnin menegaskan arahan Presiden AS, Donald Trump untuk menukar nama tersebut hanya terpakai ke atas bahagian pelantar benua yang berada di bawah kawalan AS. “Apa yang dilakukan oleh Google ini adalah mengubah nama pelantar…










