FUJIAN: Saintis China menemukan fosil burung ekor pendek tertua di dunia dianggarkan berusia 150 juta tahun di timur China, menurut laporan agensi berita Xinhua, semalam.
Menurut kajian, penemuan tersebut mencabar garis masa yang diterima sebelum ini mengenai kemunculan burung, dengan menunjukkan bahawa spesies itu muncul antara 172 juta hingga 164 juta tahun lalu.
Fosil burung spesis Baminornis Zhenghensis itu ditemukan di daerah Zhenghe, Fujian, di timur China.
Spesies burung itu menunjukkan tulang kompaun moden yang dikenali sebagai pygostyle, yang mendakwa struktur badan burung moden sudah wujud pada Zaman Jurasik Akhir, iaitu 20 juta tahun lebih awal daripada yang disangka sebelum ini.
Fosil tersebut menunjukkan gabungan ciri-ciri yang luar biasa.
Ini termasuk bahu dan pelvis yang menyerupai burung moden, serta tangan yang mirip dengan dinosaurus bukan burung, kata Wang Min, ketua saintis pasukan penyelidikan dari Akademi Sains China, yang dipetik oleh agensi berita tersebut.
“Ini adalah penemuan yang membuka paradigma baru.
“Ia mengubah keadaan sebelum ini yang mana Archaeopteryx dianggap satu-satunya burung yang ditemui pada Zaman Jura,” tambah Zhou Zhonghe, seorang lagi ahli akademi dari akademi itu.










