JAKARTA: Kebakaran melanda bangunan Kementerian Agraria dan Tata Ruang/Badan Pertanahan Nasional (ATR/BPN) di Jalan Sisingamangaraja, Kebayoran Baru, Jakarta Selatan, malam tadi. Dalam kejadian kira-kira pukul 11.09 malam waktu tempatan, sebanyak 20 jentera bomba bersama 80 anggota dikerahkan ke lokasi berkenaan untuk memadamkan kebakaran yang dipercayai berpunca daripada litar pintas pada sistem penghawa dingin. Pemangku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jakarta, Satriadi, berkata kebakaran tersebut tidak menyebabkan sebarang kehilangan nyawa. “Kebakaran…