GAZA: Selepas pembebasan tiga tebusan selesai, seramai 183 tahanan Palestin dibebaskan oleh Israel dengan sambutan meriah diadakan Gaza dan Tebing Barat yang diduduki.
Seramai 150 tahanan tiba di Gaza manakala 32 turun dari bas di Ramallah di Tebing Barat yang diduduki, di mana mereka disambut oleh orang ramai yang sudah menungga lama.
Seorang banduan yang dibebaskan akan dihantar ke Mesir, menurut pejabat media tahanan Hamas.
“Saya berasa gembira di sebalik perjalanan menyakitkan dan kepayahan yang kami lalui.
“Hukuman seumur hidup saya telah ditamatkan dan saya percaya pendudukan rejim juga suatu hari nanti akan berakhir,” kata Ali Al-Barghouti, yang menjalani dua hukuman penjara seumur hidup di penjara Israel.
Ali disambut oleh ratusan penduduk Palestin yang berkumpul di Ramallah sambil melaungkan ‘Allahuakbar’.
Persatuan Banduan Palestin berkata, banduan yang dibebaskan menunjukkan tanda-tanda kebuluran, penyakit dan kecederaan fizikal akibat dipukul.
Hospital di Gaza menerima 27 mayat dalam tempoh 24 jam lalu ketika jumlah kematian akibat perang 15 bulan Israel terus meningkat dengan mayat ditarik keluar dari timbunan runtuhan yang besar.-AGENSI











