Kod QR bakal ganti kod bar produk menjelang 2027

Kod QR bakal ganti kod bar produk menjelang 2027

KOD baharu lebih pintar dengan maklumat lengkap bakal menggantikan kod bar tradisional.- GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Kod bar berjalur zebra yang digunakan selama 50 tahun bakal digantikan kepada alternatif baharu lebih canggih untuk peruncit di seluruh dunia dalam tempoh dua tahun lagi.

Menurut organisasi antarabangsa GS1 yang menyelia piawaian global untuk kod bar, kod pintar baharu dengan maklumat seperti tarikh luput, arahan penggunaan, alergen, ramuan dan harga akan menggantikan kod bar tradisional.

Peruncit antarabangsaTesco sudah mula menggunakan kod baharu itu pada beberapa produk, dengan ujian menunjukkan pembaziran makanan seperti ayam dapat dikurangkan melalui kod QR yang menyertakan tarikh luput selain membolehkan potongan harga lebih fleksibel.

Kod QR (tindak balas pantas) membolehkan pelanggan segera mengakses maklumat tambahan mengenai produk, termasuk cara mengitar semula bateri, pakaian dan bahan binaan, terutama apabila peraturan alam sekitar lebih ketat dikuatkuasakan.

Namun, kod ini juga akan meningkatkan permintaan terhadap sumber pengkomputeran awan global, di mana data tambahan disimpan, yang berpotensi meningkatkan jejak karbon.

Sesetengah pakar berpendapat, laporan mengenai penggantian kod bar tradisional mungkin terlalu awal.

Pakar menegaskan, kod baharu kurang diperlukan untuk produk bukan makanan yang tidak mempunyai tarikh luput dan kos untuk mereka bentuk semula pembungkusan juga menjadi cabaran.

Di United Kingdom (UK), hampir separuh peruncit menaik taraf teknologi kaunter pembayaran untuk menyokong kod QR lebih serba guna dan kebanyakan yang lain dijangka berbuat demikian dalam tahun depan, menurut tinjauan GS1.

“Perubahan ini dirancang sekian lama, tetapi Covid-19 mempercepatkan prosesnya.

“Semasa pandemik, orang ramai terbiasa menggunakan telefon mereka untuk mengimbas kod QR di pub dan restoran bagi mengakses menu,” kata Ketua Eksekutif GS1 UK, Anne Godfrey.– THE GUARDIAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN