SAN FRANCISCO: Kebakaran di loji penyimpanan bateri litium terbesar dunia di California Utara mencetus kepulan asap bertoksik ke atmosfera di seluruh kawasan sekitar. Kebakaran bermula petang Khamis lalu namun pegawai bomba diarah meninggalkan kawasan itu dan membiarkan api yang masih marak dipadamkan secara semula jadi ekoran risiko letupan jika air digunakan. Loji janakuasa Moss Landing yang dikendalikan oleh Vistra Corp sudah dikosongkan dengan lebih 1,500 penduduk di kawasan sekitarnya diarah…










