Iran lancar dron terbesar diberi nama Gaza

Iran lancar dron terbesar diberi nama Gaza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEHERAN: Pasukan Aeroangkasa Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) telah melancarkan dron tugas berat, bernama Gaza semasa operasi hibrid di luar latihan ketenteraan besar-besaran di selatan Iran, lapor agensi berita IRNA.

Menurut kenyataan akhbar IRGC, pesawat tanpa pemandu itu, yang mampu mencecah jarak sehingga 1,000 kilometer dan boleh membawa muatan sekurang-kurangnya 500 kilogram, berjaya mengeluarkan lapan sasaran musuh palsu semasa gerakan itu pada Ahad.

“Dengan lebar sayap 22 meter dan berat berlepas 3,100 kilogram, dron itu mempunyai daya tahan penerbangan yang mengagumkan selama 35 jam dan kelajuan pelayaran 350 kilometer sejam.

“Radius operasi dron Gaza dianggarkan kira-kira 4,000 kilometer, dan ia boleh membawa sehingga 13 peluru berpandu dalam satu penerbangan,” jelasnya.

Iran mendedahkan dron terbesar pernah dihasilkan, itu dinamakan ‘Gaza’ sebagai penghormatan kepada wilayah Palestin yang musnah akibat peperangan selama 15 bulan.

Menurut komander pasukan aeroangkasa IRGC, Amir Ali Hajizadeh, dron itu mampu membawa sehingga 12 bom dan akan digunakan untuk operasi di kawasan sempadan.

Beliau turut melakukan pemeriksaan ke atas dron tersebut bersama komander tertinggi IRGC, Mejar Jeneral Hossein Salami.

Jelasnya, kewujudan dron itu berpotensi menjamin keselamatan di sempadan dan membendung ancaman pengganas.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN