ISLAMABAD: Jutawan terkenal, Elon Musk, mengesahkan syarikat Starlink telah memohon kebenaran untuk melancarkan perkhidmatan internet di Pakistan, namun masih menunggu kelulusan daripada kerajaan negara itu. Kenyataan Musk itu dibuat sebagai respon kepada ciapan seorang pengguna media sosial Pakistan yang menyatakan perkhidmatan internet Starlink mampu membawa Pakistan ke masa depan, di mana setiap rakyat mempunyai peluang untuk berhubung dan berkembang. “Starlink boleh menjadi jambatan kita ke hari esok,” katanya, yang turut…










