WASHINGTON: Agensi Perisikan Pusat (CIA) mengubah pendirian rasminya mengenai asal usul Covid-19, memaklumkan virus itu berkemungkinan besar bocor dari makmal China. Penilaian baharu itu dibuat selepas John Ratcliffe disahkan sebagai Pengarah CIA di bawah pentadbiran Rumah Putih kedua Presiden, Donald Trump. Ratcliffe yang berkhidmat sebagai Pengarah Perisikan Negara dari 2020 hingga 2021 semasa penggal pertama Trump berkata, keutamaannya pada hari pertama memegang jawatan adalah membuat penilaian tentang asal usul Covid-19.…










