Zelenskyy dakwa Russia guna taktik serangan ‘gelombang manusia’

Zelenskyy dakwa Russia guna taktik serangan ‘gelombang manusia’

VOLODYMYR ZELENSKYY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KYIV: Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy mendakwa Russia menggunakan tentera Korea Utara untuk melancarkan taktik serangan ‘gelombang manusia’ ketika berdepan barisan hadapan di negaranya, dengan kadar kematian dan kecederaan dilaporkan amat tinggi.

Dalam ucapan videonya kepada rakyat Ukraine semalam, Zelenskyy melaporkan sebanyak 11,000 tentera Korea Utara telah dikerahkan bersama angkatan tentera Russia, kebanyakannya ditempatkan di Kursk.

“Mereka mengalami kerugian besar, dan jelas sekali tentera Russia dan pihak dari Korea Utara tidak mempedulikan kelangsungan hidup mereka. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Semuanya dilakukan untuk mengelakkan mereka daripada ditawan oleh pasukan kita dan pihak mereka sendiri menghabiskan riwayat mereka. Terdapat bukti sedemikian. Tambahan pula, mereka dihantar dalam medan serangan dengan perlindungan minimum,” katanya.

Zelenskyy turut memaklumkan beberapa tentera Korea Utara berjaya ditawan oleh pasukan Ukraine, namun mereka dilaporkan meninggal dunia akibat kecederaan yang dialami.

Perisikan Korea Selatan dalam laporan terbaharu semalam mengesahkan Kyiv buat pertama kali berjaya menangkap seorang tentera Korea Utara. 

Namun, sumber dari Seoul menyatakan askar tersebut telah meninggal dunia pada sebelah petangnya.

Zelenskyy turut menyeru Beijing agar menyemak semula sokongan Korea Utara terhadap pencerobohan Russia yang sudah berlanjutan lebih setahun. 

“Jika China benar-benar ikhlas dalam kenyataan bahawa perang ini tidak sepatutnya berlarutan, mereka perlu menggunakan pengaruh terhadap Pyongyang,” tegasnya.

Tindakan ini terus meningkatkan ketegangan antarabangsa, dengan pelbagai pihak mendesak penyelesaian segera untuk menghentikan konflik yang kian meruncing. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN